MADRASAH AL-FARABI ADALAH SEBUAH PUSAT KEBAJIKAN YANG DI TUBUHKAN UNTUK MENJAGA MASLAHAT GOLONGAN YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH S.W.T IAITU ANAK-ANAK YATIM/ MISKIN.
DI DALAM AL-QURAN ALLAH TELAH BERFIRMAN BAHAWA BARANG SIAPA YANG MEMULIAKAN ANAK-ANAK YATIM/ MISKIN MAKA ALLAH AKAN MENGANGKAT MARTABATNYA DI AKHIRAT KELAK.
MADRASAH AL-FARABI ADALAH SEBUAH INSTITUSI KEBAJIKAN SEPENUHNYA UNTUK MENYEMPURNAKAN KEHODUPAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN YANG AMAT MEMERLUKAN KASIH SAYANG DAN KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA.
JUSTERU, SISTEM YANG DI TERAPKAN DI PUAT INI BERKONSEPKAN MAHABBAH WARAHMAH (KASIH SAYANG DAN BELAS KASIHAN). SEPERTI SEDIA MAKLUM , SEMUA PENGHUNI SERTA WARGA KERJA PUSAT MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MEMUPUK KASIH SAYANG YANG SEJATI DAN ABADI SUPAYA PUSAT INI DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR TANPA SEBARANG MASALAH DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL.
HASIL DARIPADA KEIKHLASAN AJK DAN KEMURAHAN HATI DERMAWAN –DERMAWAN BUDIMAN , PROJEK INI TELAH DI MULAKAN SEJAK PERTENGAHAN 1999, KINI BEROPERASI SEPENUHNYA DENGAN KEMUDAHAN SEPERTI ASRAMA, PEJABAT, KEDAI DAN SURAU,ALHAMDULILLAH KAMI PANJATKAN KESYUKURAN DI ATAS SEMUA RAHMAT DAN ANUGERAH NYA YANG MEMUNGKINKAN PUSAT INI MENGORAK LANGKAHNYA YANG PERTAMA BAGI MENGEJAR RIBUAN LANGKAH-LANGKAH LAIN. WALAUPUN PADA MULANYA TERASA KEPAYAHAN TETAPI BERKAT DOA KEPADA ALLAH S.W.T SEMOGA MEMUDAHKAN PERJUANGAN KAMI YANG IKHLAS INI.
SEBAGAIMANA YANG KITA KETAHUI ANAK-ANAK YATTIM ADALAH SEORANG YANG MEMERLUKAN SEGALA-GALANYA. OLEH ITU SEBAGAI HAMBA ALLAH ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA UNTUK MEMBANTU MENINGKATKAN KEYAKINAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN SESEMPURNA MUNGKIN.
TERDAPAT RAMAI ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN DI DALAM MASYARAKAT KITA PADA HARI INI .NAMUN TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMBELA MEREKA KECUALI INSAN-INSAN YANG TERPILIH DARI ALLAH S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan